Thursday, September 18, 2008
at
1:32 AM
Contohi Luqman didik anak
Kanak-kanak hari ini adalah pemimpin dan tenaga kerja akan datang. Merekalah yang akan meneruskan dan mencorak kehidupan agama, bangsa, negara serta dunia akan datang.Namun apakah sifat insani dalam kehidupan yang semakin terhakis sekarang akan bertambah baik dan ada kesinambungannya untuk generasi kemudian.
Kanak-kanak hari ini adalah pemimpin dan tenaga kerja akan datang. Merekalah yang akan meneruskan dan mencorak kehidupan agama, bangsa, negara serta dunia akan datang.Namun apakah sifat insani dalam kehidupan yang semakin terhakis sekarang akan bertambah baik dan ada kesinambungannya untuk generasi kemudian.
Jika melihat, mendengar dan menonton budaya hidup serta masalah kanak-kanak dan sikap serta gaya hidup ibu bapa sekarang, umum seharusnya merasa gusar.Yang jelas, kehidupan moden dengan kemajuan dalam pendidikan dan teknologi yang diraih ibu bapa dengan kehidupan serta hak kanak-kanak kini sudah tidak ada keseimbangan lagi.
Malah semua pihak dari segenap peringkat seluruh dunia kini mula menyuarakan kebimbangan terhadap masa depan kanak-kanak dan generasi akan datang, sehingga wujud Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) antarabangsa .Malaysia antara negara yang menandatangani dan mengiktiraf untuk mengguna pakai CRC sejak Februari 1997 lalu, di samping penggubalan serta pewujudan pelbagai akta undang-undang perlindungan dan hak asasi bagi melindungi kanak-kanak.
Masalah dan ancamanTetapi masalah dan ancaman terhadap hak dan perlindungan kanak-kanak terus berlaku. Malah jenayah di kalangan dan ke atas kanak-kanak terus meningkat.Soalnya kepada siapa hendak ditudingkan jari untuk dipersalahkan. Apakah ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat yang masing-masing adalah pemimpin, atau terhadap dasar, sistem undang-undang dan kemodenan serta keadaan.
Keadaan tentu tidak terlibat, kerana yang mencorak keadaan adalah manusia itu sendiri.Sebenarnya ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakatlah yang perlu dipersalahkan. Sebabnya dari sinilah kepimpinan, dasar, sistem, undang-undang, kemodenan dan keadaan tidak seimbang berlaku dalam kehidupan kanak-kanak.Sebab itu al-Quran mencatatkan kisah manusia bijaksana, Luqman Al-Hakim untuk dijadikan contoh, iktibar dan panduan hidup bagi seluruh manusia dalam mendidik dan membina sahsiah anak-anak.
Kebijaksanaan LuqmanKebijaksanaan Luqman yang dicatat dalam al-Quran dan digambarkan kisah-kisahnya oleh para tabien sepanjang hidupnya terlalu banyak untuk diaplikasikan dalam kehidupan ibu bapa, keluarga dan pemimpin masa kini.Antara lain pesanan Luqman kepada anaknya ialah firman Allah SWT dalam mafhum-Nya:l“...Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasnya).
Sesungguhnya Allah Maha Halus (maksudnya, ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu bagaimana kecilnya] lagi Maha Mengetahui.l “Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) daripada perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).l “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.l“Dan sederhanalah kamu dalam berjalan (maksudnya, ketika kamu berjalan, janganlah terlampau cepat dan jangan pula terlalu lambat) dan lunakkanlah suara- mu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (Luqman: 16-19).Kata-kata hikmah Luqman yang dicatat oleh para tabien dalam mendidik anak-anak pula antara lain:
lJanganlah engkau mengajar anak dan keluarga engkau dengan harta engkau, sebab jika ia sedikit engkau mengkhianati mereka, dan jika ia banyak tidak pula akan memberi kepuasan kepada mereka.lTiga perkara, sesiapa yang memilikinya sesungguhnya telah sempurnalah iman iaitu seorang yang kasih kepada seorang yang lain tetapi kasihnya tidak melampau batas kebatilan dan apabila dia marah, marahnya tidak keluar daripada batas kebenaran, dan apabila dia berkuasa, tidaklah dia melampau batas. (Rujuk-Kuliyyah Tafsir Surah Luqman: Mendidik anak cemerlang oleh Dr. Abdul Rashid Ahmad, Universiti Malaya).
Namun berapa ramai manusia yang melihat, membaca dan mengkaji al-Quran serta kitab-kitab tafsir untuk dijadikan panduan dan amalan kehidupan.Jadi tidak hairanlah krisis akhlak dan sosial kanak-kanak seluruh dunia kini semakin kronik dan membimbangkan semua manusia prihatin.Kanak-kanak zaman moden sekarang bukan sahaja berdepan dengan krisis identiti diri, akhlak dan budaya hidup tetapi hak, perlindungan dan keselamatan mereka juga semakin terancam.Jika orang dewasa yang terancam adalah perkara lumrah kerana masing-masing ada kepentingan dan mahu bersaing mengikut cara sendiri.
Krisis akhlakNamun apabila kanak-kanak di bawah umur (belum baligh) yang terancam dan diancam, ia berpunca daripada krisis akhlak dan kehidupan manusiawi dewasa.Itulah yang boleh dirumuskan hasil forum Hak Asasi Manusia dan Keadilan Terhadap Pengurusan Juvana anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), baru-baru ini.Forum hampir tiga jam yang berlangsung di sebuah hotel di ibu kota itu diadakan sempena sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2008.Oleh itu, Profesor Sekolah Undang-Undang Universiti Ateneo de Manila, Filipina, Dr. Sedfrey M. Candaleria berkata, perubahan minda dan cara hidup secara drastik setiap individu dewasa penting dalam mengembalikan hak asasi pada kehidupan setiap kanak-kanak di dunia.
“Kehidupan kanak-kanak akan terus terancam, terabai dan terbiar selagi kita yang dewasa masing-masing berusaha untuk menjadi ‘juara’ dalam komuniti rekaan kita,” katanya.Beliau yang terlibat dalam pengkajian dan penggubalan hak dan dasar perlindungan kanak-kanak itu berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada forum tersebut.Menurut Dr. Candaleria, undang-undang mungkin boleh menangani masalah kanak-kanak tetapi ia tidak akan dapat mengatasinya.Ini kerana jelasnya, berapa banyak undang-undang digubal dengan pelbagai akta yang sentiasa diperbaharui untuk disesuaikan dengan keadaan dan permasalahan semasa, tetapi kehidupan kanak-kanak di seluruh dunia terus ‘terancam’ dengan hak asasi mereka untuk hidup sebagai ‘anak’ diragut.
Hak asasi kanak-kanak untuk hidup sebagai ‘seorang anak’ kata Dr. Candaleria hanya akan terlaksana jika seluruh individu terutama ibu bapa dan ahli keluarga tahu serta melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebagai pelindung, pembela dan pembimbing.Menjadi ‘musuh’“Tetapi apa yang berlaku sekarang, ibu bapa dan ahli keluarga sendiri menjadi ‘musuh’ yang sentiasa mengancam kehidupan mereka,” katanya.Itu juga yang disuarakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Mohd. Zaid Ibrahim ketika merasmikan Sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2008 dan forum setengah hari itu.Menurut Zahid, seluruh warga masyarakat perlu mengubah minda dan cara hidup dengan mengutamakan kasih sayang dan tanggungjawab dalam keluarga dan sesama insan dalam hidup seharian.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Simon Sipaun pula berkata, setiap kanak-kanak memerlukan perhatian khas dari dan dalam semua aspek kehidupan.“Hak kanak-kanak dalam kehidupan adalah saham dalam pembentukan generasi akan datang,” ujarnya.Ini kerana tambah Simon, kanak-kanak hari ini belajar dan membentuk dari bagaimana budaya serta amalan kita kita hari ini.Untuk itu tegas beliau, setiap individu mesti bertanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak bukan menjadikan mereka mangsa kepada sistem undang-undang dan akta-akta jenayah mahupun perlindungan yang kita sendiri adakan.
Labels: DIDIK ANAK