Friday, November 13, 2009


Sunday, November 8, 2009



nama gapo:
tahun dibuat:
model penamo:


pada 7 November 2009
bertempat di base 9W2BET
layar besar di pasang bagi menyaksikan perlawanan akhir
bola sepak antara pasukan kelantan dan Negeri Sembilan
bagi merebut Piala Malaysia

antara hadirin yang hadir

YB Amran
ahli Parlimen Tanah Merah
hadir sama

kekecewaan jelas terpancar

upacara cabutan bertuah bermula

hadiah sumbangan YB amran
bagi menyuntik semangat perlawanan akhir

projektor untuk tayangan perlawanan

kenangan bersama YB Amran (SWAL YBR)
9w2YII SWAL YBR 9W2NIQ

9W2BET 9W2NIQ YB Amran

pemenang pertama cabutan bertuah
bagi mengubat kekecewaan

hadiah disampaikan oleh YB Amran

XYL 9W2BET
antara pemenang cabutan

kegembiran terpancar dalam kekecewaan

Harmonic 9W2BET juga mendapat hadiah
habis anok beranok dapat hadiah

9W2MKA


dan last sekali ambolah
tuah ayam nampak di kaki
tuah ambo pada hamper cabutan bertuah

antara peminat yang berkobar sebelumnya
dan akhirnya ternyata N9 lebih unggul

peminat yang masih setia
kenangan abadi
apa pun tahniah kepada pasukan kelantan
serta para peminat setia
Terima kasih kepada 9W2BET
teman-teman yang bertungkus lumus menyediakan mini stadium
kepada YB Amran yang menyumbang hamper
dan semua hadirin yang menjayakan program ini

Thursday, November 5, 2009

Sholat Subuh di Masjid


Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk sholat subuh di Masjid
Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid
ditengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah,
dia berganti baju , berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid . Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama !

Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.
Di rumah, dia, sekali lagi , berganti baju ,
berwudhu dan berjalan menuju masjid . Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu .

Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,
jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'
Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid . Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang
membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya.
lelaki itu menolak.

pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan,
lagi, jawapannya sama.
Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat.
lelaki itu menjawab

Aku adalah IBLIS (setan)
Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.
Setan kemudian menjelaskan,
'Saya melihat kamu berjalan ke masjid ,
dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah,
membersihkan badan dan kembali ke masjid ,
Allah memaafkan semua dosa2mu .

Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan
bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah ,
kamu tetap memutuskan kembali masjid . Karana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu .

Saya KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga ,
jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu ,

jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat....'

Jadi, jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .

If forwarding this message will bother you, or take
too much time from you, then don't do it, but you will not
get the reward of it, which is great...

Wednesday, November 4, 2009

"Sayang, Abang minta izin untuk nikahsorang lagi,"Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu.Adakah pendengarannya kian kaburlantaran usianya yang kian beranjak.Adakah dialog tadi hanya dilafazkan didalam TV, sementelah TV juga dipasang.Tapi, ahh bukanlah. TV sedangmenayangkan iklan Sunsilk, mustahilsudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang. Dia memandangsekali imbas wajah Asraf Mukmin,kemudian tersenyum.Meletakkan kain yang telah siapdilipat di tepi, bangun lantas menujuke dapur. Langkahnya diatur tenang.Segelas air sejuk diteguk perlahan.Kemudian dia ke bilik Balqis,Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,mencium puteri-puterinya sebelum diamasuk tidur.

Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, diamenjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin danFarihin.Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.

Namun, kehadiran Qistina,gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan dipejabatannya benar-benar membuatkan dia lemah."Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, akurasa kau mampu untuk beri makan 2keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah."

Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.Akhir-akhir ini, panas rasanyapunggung dia di rumah. Pagi-pagi,selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidakseperti kelaziman, dia akan bersarapan,berjemaah bersama isteri dan anak-anak.Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju denganpermintaan Abg. Tapi, Aliyah nakberjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna,baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda."Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,boleh?" pelik benar permintaan isterinya.Hendak dipengapakan apakah buahhatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, diayakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.Dan hakikatnya dia seharusnyabersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.Melayanglah periuk belanga.

Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni,isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan.

Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah."Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qisyang berwarna hijau."Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis."Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?""Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin."Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"Qistina mengalih pandangannya. Mahua pakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogok kan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistinalah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat diMasjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanyadia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.Dulu, sebelum dia mengenali Qistina,saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid.

Kemudian menghadiri majlis kuliah agama.Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk kekantung inbox hensetnya."Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.Kepada:Asraf Mukmin,Suami yang tersayang...Asraf Mukmin diburu kehairanan.

Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.Dengan Nama Allah Yang Maha PemurahLagi Maha Pengasihani,Salam sejahtera buat suami yangtercinta, moga redhaNya sentiasamengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terimakasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model,dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg.Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa.Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab diakhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyahsayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak.Memang pandai dia masak, apatah lagiwestern food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Ab gsudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran westernfood, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka.Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solatberjemaah. Kelam kabut dibuatnya.Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah,nanti dia akan menjadi ibu pada zuriatAbg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan

Abg...Abg yang disayangi,Cukuplah rasanya penilaian Aliyah.Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya.Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepadaQistina. Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telah berada di sawarak.Menunggu Abg... Aliyah sayangkanAbg...

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah...Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyaha dalah isteri yang hebat untuk Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni.Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg,roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri AliyahNajihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya.

Dia tersenyum!Benar, tiada isteri sehebat Aliyahisterinya!!! !!

MORAL OF THE STORY : Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya.. You would only appreciatethings when you lost it..

Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah... Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang.... please take note of this for our on good.... org tua-tua used to say.... bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang.

Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah...katanya). Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi.

Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi).

Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu.

Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya.

Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man.

Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.Terima kasih dan saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal. "

Sunday, November 1, 2009

Pada 23 Oktober 2009
AREC TMJ telah mengadakan kursus RAE 2/2009 kali pertama
bertempat di SM Teknik Tanah Merah

antara calon yang hadir

tekun mendengar amanat daripada Cikgu Lan

9W2JCD
mahaguru AREC

Cikgu Daud
Lati Pasir Mas

Mohamad bin Abdul Rahman
Telaga Mas

Nazila binti Mat Daud
Pasir Puteh

Mohd Fauzan bin Mahmood
Pasir Puteh

Mohd Ziadi bin Deraman
Batang Merbau

Che Azhar bin Che Hassan
Banggol Tanah Merah

Jaafar bin Yusof
Batang Merbau

Zamzuri bin Arifin
Peralla 2

Mohamad bin Mat Zain
(Abe Soh)
Rantau Panjang

Ahmad bin Mokhtar
Batu Hitam

Muhammad Romzi bin Husain
(Tok Dale Wayang kulit)
Batu Hitam




Zamri bin Dollah
TV3 Peringat

Roslan bin Hussain
Cherang Lali

berehat seketika
take 5

Mohd Ghazali bin Che Cob
(Megat)
9W2ZAQ

AII RZN SNO
hadir memberi sokongan moral

Zahrul
Penolong pengurus FELDA Kemahang
9W2OKK

9W2RAA 9W2TXT

SNO terkini

Mohd Zawawi bin Mohd Nor
Hospital Tanah Merah
9W2ZWY

Cikgu Lan gigih melahirkan rakan ham
yang sah di sisi undang2

tekun untuk menjadi rakan ham yang sah

semoga semuanya berjaya
mendapat AA kelas B

antara rakan ham yang bernaung di bawah AREC