Wednesday, January 13, 2010

9W2ZMR
SEBAHAGIAN daripada lebih 2,000 orang keluar dari Istana Balai Besar
selepas majlis taklimat Istana Kelantan mengenai perundangan negeri, semalam


Siri pertemuan beri penerangan mengenai kemelut institusi diraja Kelantan

KOTA BHARU: Istana Kelantan mula mengadakan siri pertemuan dengan rakyat bagi memberi penerangan dan gambaran jelas mengenai kemelut membabitkan institusi diraja negeri ini. Perjumpaan pertama diadakan dengan lebih 2,000 kakitangan kerajaan, termasuk imam serta penghulu di Istana Balai Besar di sini, kira-kira jam 2 petang semalam.
Majlis itu bermula dengan taklimat yang disampaikan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, diikuti Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias serta Exco kerajaan negeri. Taklimat yang berakhir kira-kira jam 4 petang itu, turut dihadiri Ketua Polis negeri, Datuk Abd Rahim Hanafi. Dalam ucapannya, Abdul Halim mengingatkan rakyat Kelantan supaya tidak bercakap hal berkaitan istana di kedai kopi tanpa memahami secara mendalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Beliau berkata, pemahaman undang-undang itu penting bagi membolehkan rakyat memahami keadaan semasa dalam institusi diraja, sekali gus mengelak salah faham yang boleh menjejaskan keharmonian yang selama ini aman di bawah pemerintahan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra. "Tidak elok bercakap mengenai istana di kedai kopi. Jangan cakap sebarangan untuk mencari publisiti murahan serta mengambil kesempatan mencari populariti secara menyinggung perasaan orang lain.
"Pemerintahan Kesultanan Kelantan sudah melalui beberapa proses pemodenan dan antara yang terpenting ialah kewujudan Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, yang membuktikan kesedaran undang-undang dan peraturan bagi menjamin kesejahteraan rakyat serta pemerintahan. "Akibat segelintir rakyat tidak memahami dengan mendalam mengenai undang-undang ini, ia mengundang tindakan yang tidak sepatutnya berlaku, yang memberi kesan terhadap keharmonian negeri ini," katanya.
Minggu lalu, Abdul Halim dalam kenyataannya menjelaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan tidak memberi sebarang kuasa kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, campur tangan dalam urusan istana dan kerajaan negeri seperti kuasa dimiliki Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra. Kenyataan itu, sekali gus menafikan peranan Tengku Temenggong yang mendakwa mendapat perkenan Sultan Kelantan untuk bertindak bagi pihak baginda yang menjalani rawatan di Singapura.
Tahun lalu, Tengku Temenggong turut mencabar keputusan Tengku Muhammad Faris yang juga kekanda sulungnya, kerana membatalkan keahliannya dalam Majlis Perajaan Negeri. Sementara itu, Mohd Aiseri dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri akan memberi penerangan mengenai isu semasa dalam negeri kepada kakitangan kerajaan dari semasa ke semasa. "Ini bagi mengelakkan kekeliruan disebabkan oleh unsur yang tidak bertanggungjawab sehingga timbul keadaan tidak diingini di negeri ini. "Oleh itu, saya meminta kakitangan kerajaan negeri supaya berinteraksi di kalangan mereka secara manfaat dengan menumpukan kepada perkara yang mustahak saja," katanya.
Imam Mukim Kedondong Pasir Mas, Wahid Hassan, 45, yang ditemui selepas majlis itu pula berkata taklimat itu membuka pemikiran rakyat mengenai keadaan sebenar dalam institusi diraja negeri ini. "Maklumat mengenai keadaan sebenar dalam negeri sekarang akan disampaikan kepada anak mukim," katanya yang menerima jemputan menghadiri taklimat menerusi Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).
Pekerja am, Nazri Yusof, 33, berkata usaha Pejabat Sultan Kelantan mengadakan taklimat itu boleh menjernihkan kembali keadaan di negeri ini. Beliau yang mendapat arahan daripada ketua jabatan bagi mengikuti taklimat itu, mengakui ramai tidak tahu mengenai perundangan tubuh kerajaan negeri dan penerangan berhubung isu itu sedikit sebanyak dapat memberi mereka gambaran mengenai perkara sebenar.
sumber:berita Harian online

Friday, January 1, 2010

Pada 31 Disember 2009
proses menaikkan repeater Jeli diteruskan lagi
mencantumkan bahagian2 rumah repeter
yang dibina malam tadi sehingga jam 3 pagi
JWY memikul besi untuk kepuncak
pikul besi sebatang teguk air sebotol
deretan kenderaan dipuncak
Jeep CMA membawa rumah repeter

WNP Ustaz Rafie
Pegawai PPD Jeli
"mana seluar kawe wehhhhhhhh"

9W2RSI Encik Rosli
Pegawai Pejabat Tanah Jeli
memberi sokongan
proses mencantumkan tiang repeter dengan cara telescopic

steging digunakan bagi mendirikan antena

proses menghantarnya dilakukan pada sebelah malam

tiang sudah didirikan tunggu masa untuk proses melonjak
Cikgu Pendi dan Lan menyusun atur steging

dinaikkan step by step

bantuan rakan di bawah untuk menghulurkan
kepada rakan di atas

anggaran 5 step untuk dinaikkan

siap sedia untuk memulakan kerja2 seterusnya

membuat audio check dengan antena RX
yang belum dilonjakkan lagi

Chemlok digunakan bagi meringankan beban

keupayaan chemlok sukar ditandingi


Ustaz Rafie menunjuk arah rakan on the way

body mu...............???????

kewajipan terhadap Ilahi

mengadap Ilahi dipuncak mengagungkan
kebesarannya

dahan2 yang mengganggu antena di pangkas
untuk keselesaan
menggigit kerengga yang menggigitnya

Bang Awie menyediakan antena linking
pengemaskinian dan ketelitian menjamin mutu
tiang dilonjak sedikit demi sedikit

ketinggiannya sejauh mata mendongak

antena linking digunakan untuk menghubungkan
9M4RTJ dan 9M4RTM

NTM dan NAG

Yagi digunakan untuk menghantar audio
ke repeter di Tanah Merah
wajah2 riang kerana segala usaha hampir selesai
kemahiran semulajadi banyak membantu
kerja2 pengemaskinian
dengannya diharapkan rakan2 antara dua daerah
semakin akrab

SNO membuat pendawaian elektrik
bagi menghidupkan repeter
antena RX melonjak sedikit demi sedikit ke paras
yang di tetapkan
hampir siap...

isap rokok dululah

siap!!!
berdiri megah untuk keudara

senja di puncak sangat indah
Maghrib hampir tiba
proses terakhir menyambungkan
ketiga2 antena ke repeter

lalat hijau berfungsi dengan baik
harapan menggunung saudara HAM akan digalas

abe soh dah jumpa seluarnya
selesai sudah kerja2 mendirikan repeter bagi kawasan jeli
diharapkan ia berfungsi dengan baik.
terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat,
tanpa saudara2 pasti kejayaan tidak dicapai

Pada 26 Disember 2009
hari Sabtu
Kelab AREC TMJ telah mendirikan satu lagi Repeater di Daerah Jeli
9M4RTJ 146.950 -600 tone:167.9

berehat sekejap di perjalanan
pertemuan 3 sahabat lama
MIN ZII dan ANH
orang lama dalam AREC

minum kopi dan sarapan pagi

Ustaz HIM, Ustaz Baha,Ustaz YB
menuju kepuncak tidak lah sukar
ketibaan di puncak

Jeep CMA pengangkut besi

YBM meninjau kawasan
BET membuat audio check ke Repeter 9M4RTM

4 Step Depole sumbangan Abe Soh

meninjau tempat untuk mendirikan antena

air terjun yang menjadi punca air utama penduduk sekitar

proses menyambung paip

CMA mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dalam bidang ini
Besi dibelah dipenghujung bagi membuat sambungan
antara besi2

Proses memateri dijalankan di bawah bukit
kerana dipuncak tiada bekalan elektrik bagi menguatkan sambungan tetulang dibuat di penyambungan

YII menggantikan CMA yang kehausan
mata berpinar selepas menunduk terlalu lama
YBM juga membantu

antara rakan yang turut serta memberi bantuan

Setiausaha Kehormat mendahului upacara memikul
besi kepuncak
Terpaksa dipikul
demi saudara2ku



sesak nafas wehhhhhhhhhhhhhhhh
wajah2 kepenatan


Proses menyambung antena TX
menggunakan 4 Step Dpole

CMM pakar membuat antena

perut mu menjadi pujaan hatiku

kerja akan menjadi ringan dengan semangat
gotong-royong

yang ringan sama dijinjing

yang berat sama dipikul

Proses penyambungan wayar

Ucapara jolok menjolok dan tarik menarik

YII and CMM
proses mendirikan antena TX
Abe Soh menarik dari atas tangki
berdiri megah dipuncak jaya
selamat didirikan
ZZD mengemaskini ikatan

menambah tenaga yang hilang sebentar tadi

Proses seterusnya mendirikan antena RX

RAA menati di atas tangki

Tiang sepanjang 80 kaki akan didirikan

kekuatan tenaga manusia digunakan sepenuhnya

Akhirnya jentolak datang membantu bagi meringankan benanan

pelbagai cara dan usaha digunakan
namun belum lagi tegak melonjak langit

kerja ringan tapi usaha masih buntu

berfikir sejenak bagi mendirikan tiang yang agak tinggi
pelbagai usaha dan ikhtiar
buntuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
mentari merah menyembunyi diri
akhirnya kerja2 ditangguhkan
CDK hadir memberi buah fikiran
Kerja mendidikan antena RX ditangguhkan ke Khamis Hadapan dengan
buah fikiran baru dan semangat baru
terima kasih kepada semua yang terlibat hari ini