Sunday, February 15, 2009
DUNGUN - Seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah menerusi lantai menemui ajal apabila kepalanya tersepit di celah lantai kayu tersebut.Kejadian berlaku antara pukul 7 pagi hingga 3.30 petang semalam di Kampung Sura Hujung ketika penghuni rumah berkenaan, Wan Azhan Wan Abdullah, 43, keluar mengajar di sekolah berhampiran.Menurut Wan Azhan, dia terkejut apabila melihat satu objek di lantai bahagian dapur rumahnya ketika pulang dari mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 7, dekat sini."Ketika sampai di rumah, saya terus ke ruang dapur untuk ke tandas tetapi tiba-tiba saya terlihat kepala orang dalam keadaan mengerikan," ceritanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini, semalam.Dia kemudiannya terus memanggil jirannya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tetapi mereka mengesahkan ia adalah kepala manusia.Katanya, dia turut memeriksa bahagian bawah rumah dan terkejut apabila mendapati badan mangsa terjuntai di antara lantai rumah setinggi kira-kira satu meter itu.Menurut Wan Azhan yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tahun 1983, dia mengenali mangsa yang juga jirannya.
cuba hayati lagu kanak-kanak ini
Apa yang ada pada kita ketika ini
WARISAN
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang
Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman
Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri
Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa SemalamT
ertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang
Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri
Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Gagah Perkasa
Janganlah Terlalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara (3x)
Saturday, February 14, 2009
Majlis kunjungan hormat di teratak Tuan Penasihat ARECTMJ
9W2RRC Pak Sarji
Jelajah F1 di seluruh tanah air
dan machang merupakan destinasi terakhir bagi Negeri Keantan
Kehadiran para pembesar negara di bandar Machang sempena pilihanraya Umum yang lalu memberi semangat baru kepada rakyat negeri Kelantan
XYL Dato Najib
Friday, February 13, 2009
Pada 13hb Feb 2009 ARECTMJG telah mengumpul rakan baru dan lama bagi majlis suaikenal dan membantu rakan baru lulus RAE 2/2008 memohon lesen.
ARECTMJG juga telah menerima permohonan rakan baru menyertai kelab dan mengisi borang permohonan untuk peperiksaan RAE 1/2009 yang akan di adakan
Pihak kelab mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan rakan-rakan