Monday, August 24, 2009

MAKKAH Al-Mukarramah adalah kota suci turunnya wahyu llahi kepada Nabi Muhammad S. A. W. Di sini, terletaknya Masjidil Haram dan Kaabah yang menjadi tanda kebesaran Allah. Makkah adalah kota paling suci di bumi ini serta paling dicintai Allah dan rasul-Nya. Ia juga menjadi tanah kelahiran Nabi Muhammad dan pusat terpancarnya nur Allah di bumi ini.

Abdullah bin `Adi bin Al-Hamra meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, maksudnya: "Demi Allah! Kamu (wahai Makkah) adalah tanah Allah yang terbaik dan yang sangat dicintai oleh-Nya. Andai kata aku tidak diusir dari kamu, aku tak akan berpisah (daripada kamu)." (Hadis riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Tirmidhi).

Ibn `Abbas pula berkata: Rasulullah bersabda: "Betapa tempat yang indahnya kamu! Kamu adalah tempat yang paling aku cintai! Sekiranya orangku tidak mengusirku daripadamu, aku tak akan berpisah (dari sini)untuk hidup di satu tempat yang lain."
Al-Quran secara khusus, berkali-kali menyebut kota ini dengan pelbagai nama yang berjumlah sebelas semuanya. Antaranya adalah Makkah, Bakkah, Al-Baladul Amin, Al-Haramul Amin, Ummul Qura dan Al-Baldah Al-Tayyibah.

Bahkan, Allah bersumpah dengan kota suci ini serta memberikan kelebihan dan keistimewaan besar, yang tidak diberikan kepada kota lain. Masjidil Haram dan Kaabah Baitul Atiq yang menjadi kiblat umat Islam sedunia, menjadikan kota suci ini sangat dicintai dan berpengaruh besar bagi umat Islam sepanjang masa.
Setiap umat Islam menghadapkan muka ke arah kiblat sekurang-kurangnya lima kali sehari semalam.
Ia menjadi tempat untuk seluruh kaum Muslimin sedunia menunaikan haji dan umrah.

Di pinggir Kota Makkah, iaitu di Jabal Nur, turunnya wahyu llahi yang pertama iaitu Surah Al-Alaq.
Di sini juga menjadi tempat Nabi Muhammad menyendiri dan beribadat kepada Allah.
Selepas itu wahyu turun berturut-turut kepada Nabi Muhammad melalui Jibril hingga ayat suci al-Quran yang turun di kota ini dinamakan ayat Makkiyyah, manakala yang turun di Madinah dinamakan ayat Madaniyyah.
Di permukaan kota inilah bermulanya perjuangan menegakkan agama Allah yang suci. Pejuang dan pemuka Islam yang pertama, bergerak menghadapi ajaran sesat yang berkembang kukuh di kalangan penduduk Musyrikin Makkah pada masa itu. Patung dan berhala dipuja dan disembah.
Di kota inilah Nabi dan sahabat dimusuhi serta disingkir hingga terpaksa meminggirkan diri daripada masyarakat.

Mereka terkepung di lereng gunung dekat Syiib Amir. Di sinilah, sahabat Nabi, pejuang Islam yang pertama, menerima pelbagai seksaan tubuh dan mental. Namun mereka terus bersabar sehingga Allah memberi kemenangan gemilang kepada mereka mengalahkan kaum Musyrikin.
Kehebatan dan keagungan kota Makkah bukan sekadar catatan dalam sejarah Islam dan melalui firman Allah dan hadis semata-mata, malah dibuktikan melalui kajian dan penyelidikan saintifik.
Hal ini dibuktikan oleh profesor dari Mesir, Prof Hosien Kamal El Din Ibrahim yang mencuba satu kaedah baru bagi menentukan arah kiblat dari seluruh penjuru dunia.

Beliau banyak menerbitkan artikel saintifik di bidang kejuruteraan awam. Untuk itu beliau melukis peta dunia yang baru yang dapat menunjukkan arah Makkah dari kota lain di dunia.
Dengan menggunakan perkiraan matematik dan kaedah spherical triangle, Hosien mendapati kedudukan Makkah betul-betul berada di tengah-tengah bumi.

Penyelidikan beliau ini membuktikan bahawa bumi ini berkembang dari Makkah. Jelasnya, Makkah adalah pusat bumi. Penyelidikyang lain kemudiannya mengakui ketepatan kiraan beliau apabila mereka menggunakan program komputer bagi membuat kiraan dan melukis peta itu. Sebelum itu, Abi Fadlallah Al-Emary yang meninggal dunia pada tahun 749 Hijrah, turut melukis peta yang menentukan arah kiblat.

Peta itu terkandung dalam kitabnya Masalik Al Absar Fi Mciinalik Al Amsar. Beliau menggunakan kaedah astronomi bagi menentukan arah kiblat.
Seorang lagi pemikir Islam, Al-Safaksy (meninggal dunia tahun 958 hijrah) turut melukis peta dengan menggunakan pendekatan astronomi.
Penyelidik kemudiannya mengkaji kedua-dua peta itu dan membandingkannya dengan kaedah astrologi moden. Mereka mendapati kaedah yang digunakan oleh Al-Emary dan Al-Safaksy adalah sangat tepat.
Selepas dibandingkan dengan kaedah moden, kedua-dua peta itu membuktikan Makkah dan Kaabah adalah `pusat bumi'.

Hasil kajian ini diakui benar dan diisytiharkan oleh The Egyptian Scholars of The Sun and Space Research Center yang berpusat di Kaherah.

BH - 21 December 2004 / 9 Zulkaedah 1425

HARI ini, 9 Zulhijjah, berlaku satu peristiwa besar dan menjadi catatan yang tidak boleh dilupakan oleh umat Islam.
Peristiwa yang dikaitkan dengan sejarah perjuangan Rasulullah saw itu adalah saat berharga dan menyimpan pelbagai teladan bagi umat zaman ini.
Ia adalah pesanan terakhir daripada seorang nabi dan rasul yang diutuskan Allah untuk menyebarkan dakwah tauhid serta mengajak manusia mengesakan khalik (pencipta) sebenar yang Maha Agung dan Maha Bijaksana.
Pesanan ini disampaikan dalam khutbah terakhir Baginda di Lembah Uranah, Gunung Arafah, berhampiran kota Makkah pada 9 Zulhijah tahun ke-10 Hijrah.
Isi khutbah itu adalah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan.
"Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini.
"Oleh itu, dengarlah dengan teliti kataku dan sampaikan ia kepada orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
"Wahai manusia, sebagaimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
"Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
"Janganlah kamu menyakiti sesiapa pun supaya orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
"Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
"Allah mengharamkan riba, justeru, segala urusan membabitkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
"Dia (syaitan) sudah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara kecil.
"Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak di atas kamu.
"Jika mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
"Layani wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah dengan mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.
"Dan hak kamu atas mereka adalah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasa pada Ramadan dan tunaikan zakat daripada harta kekayaan kamu.
"Kerjakanlah 'ibadat haji' jika kamu mampu.
"Ketahuilah bahawa setiap Muslim ialah saudara kepada Muslim lain.
"Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia daripada yang lain kecuali dalam takwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang kamu kerjakan.
"Oleh itu, awasilah supaya jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas kewafatanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepas aku dan tidak akan lahir agama baru.
"Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kataku yang sudah aku sampaikan kepada kamu.
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.
"Itulah al-Quran dan sunnahku, hendaklah orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.
"Semoga orang yang terakhir lebih memahami kataku daripada mereka yang terus mendengar dariku.
"Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya sudah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-Mu."
Semoga pesanan dan kata-kata terakhir ini dapat dihayati oleh seluruh umat Baginda sebagai panduan serta pedoman dalam menempuh liku kehidupan ini.
Sumber: BH - 20 Jan 05 / 9 Zulhijjah 1425

Friday, August 21, 2009

Wabak selsema babi A H1N1 semakin membimbangkan. Kes kematian ke-4 di Malaysia akibat wabak tersebut dilaporkan oleh akhbar-akhbar utama hari ini. Selain itu beberapa buah universiti, sekolah dan Pusat Latihan Khidmat Negara telah ditutup buat sementara berpunca dari penularan wabak berkenaan.

Sebagai hamba Allah sewajarnya kita insaf bahawa ia merupakan suatu bala yang diturunkan oleh Allah bagi memberi peringatan kepada manusia agar tidak berbuat dosa dan maksiat serta kemungkaran sesuka hati di atas dunia milikNya.

Sesungguhnya Allah maha berkuasa untuk melakukan apa sahaja dengan sekelip mata dengan berkata jadi..maka terjadilah sesuatu yang dikehendakiNya sebagaimana firman Allah dalam surah Yasin ayat 82 dan 83. Sesungguhnya perintahNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya “Jadilah” maka terjadilah ia. Maka Maha Suci (Allah) yang ditanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.

Justeru marilah kita berusaha untuk menghindarkan wabak tersebut dengan cara mengurangkan aktiviti yang melibatkan perhimpunan orang ramai dan mengamalkan panduan-panduan yang diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan WHO dari semasa ke semasa.

Selain itu banyakkanlah berdoa kepada Allah agar kita dan keluarga dihindarkan dari terkena wabak tersebut.
Semoga wabak ini tidak menular dan mengorbankan jutaan manusia di seluruh dunia sepertimana yang pernah berlaku pada tahun 1918.





Hello My Friend

berdoalah agar ianya dijauhi


antara menu yang menjadi kegemaran ramai
di bulan Ramadhan


ayam pusing/Ayam golek/ayam dangdut

Kuih Tahi itik

buah teri mandi

buah kekah Char
Selamat berbuka posa
jangan lupa baca doa dulu




Ramadhan Al-Mubarak kembali lagi dengan penuh keberkatan
marilah kita menyambutnya dengan penuh keimanan dan keinsafan
tapi kena baca niat dululah



Niat puasa ramadhan :









nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa


Niat berbuka puasa :




allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

Kepada umat Islam, muslimin dan muslimah sekalian selamat menjalani ibadah puasa.

Pada 21/Ogos/2009 jam 3.30 petang Rakan ARECTMJ telah menggantikan
Repeater Kelab yang baru demi kebaikan bersama


ini adalah rupa paras repeater AREC yang baru

Drower ini menempatkan 3 buah repeater

9W2CMA menebas laluan ke antena

9W2TXT dan 9W2SNO

9W2CMA menurunkan antena Yagi

Naib Presiden Tanah Merah

9W2CGD & 9W2MKA

Repeater ini diharapkan dapat idup lama

ringkas dan bertenaga

antara repeater yang terdapat dalam laci
Repeater Majlis Daerah Tanah Merah

Duduk dalam laci gak
Repeater Komersial yang menjadi rebutan

Peralatan Repeater ARECTMJ

Penutuh dahan yang mengganggu antena

9W2CMA
Membersihkan rebo yang berselerak

9W2TXT

Memasang kunci keselamatan pada almari repeater

Cikgu Din juga membersihkan Rebo

9W2RBA
Timbalan Presiden mengecek lat long repeater

9W2RAA
tebuk lube nak pasang kunci

membersihkan "Rrole"

Proses melonjak antena TX

menyusun atur repeater

perukas dan pemasang antena

membaiki power supply yang dimasuki semut
mapuh power supply akibat semut berumah di dalamnyo

proses akhir menghidupkan

antena Yagi yang digunakan untuk Linking

ketingginya terserlah......hahahahaha

"Audio Cekkkkkkkkkkkkkk"
Terima kasih kepada rakan yang hadir
Hidup repeater demi saudara

Thursday, August 20, 2009

RAZALI BIN CHE NGAH
9W2ZRP Lebih dikenali dengan nama Paksu Rantau Panjang
telah kembali kerahmatullah
pada 20 Ogos 2009 Jam 5.30 pagi
akibat sakit Jantung
Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan yang dirahmati


Takziah buat keluarga beliau
AL-FATIHAH

Tuesday, August 18, 2009

Sekarang bulan puasa bakal menjelma.... ......berhati- hati..... ...becareful of Kurma Yahudi ..

Tolong Distribute! Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia.

Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenisini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini. Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.

Monday, July 13, 2009

BERHATI-HATILAH PADA MEREKA YANG HENDAK PERGI BERCUTI DI SEKITAR BALI, BANDUNG , JAKARTA ... INDONESIA

Menikmati makanan di sana enak rasanya

pelbagai masakan dengan ramuan tradisional

"Bumbu" sejenis rempah ratus yang sedap dicampur dalam makanan

di perap terlebih dahulu bagi meningkatkan aroma

ramuannya di gunakan oleh semua tukang masak
sama ada di hotel atau gerai tepi jalan

potongan yang rapi boleh menghilangkan
rupa bentuk dan raut wajah

apa yang kamu makan itu

Nah ini dia yang dijadikan santapan
popular dan murah
Pada mereka yang pernah pergi Indonesia ...korang sure ke yang korang makan tuh ayam goreng? Hehehe ..???Betul ke, macam tak percaya gitu???????Di beberapa tempat di Indonesia tikus sawah ada yang dimakan?Kalau tidak ingin memakannya di interview aje dulu dagingnya?Tetapi yang paling membedakan adalah struktur tulangnya, tiap binatang mah beda maka nya harus belajar anatomi tikus, ayam dll.

"HATI-HATI KELIHATANNYA MACAM DAGING AYAM"
UUUUUUUUWWWWWWWWWEEEEEEEKKKKKKKK
MUNTAH GUE

Wednesday, July 8, 2009

WILAYAH UTARA

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Pejabat Wilayah Utara
Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji
Jalan Bagan Luar
12000 Butterworth
Pulau Pinang
Puan Khalijah Ahmad
T : +60 4 32 38 228
F : +60 4 32 39 448

WILAYAH TENGAH

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Pejabat Wilayah Tengah
Aras 17, Wisma SunwayMas
No. 1, Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C
Seksyen 9
40100 Shah Alam
Selangor
Puan Asiah Borhan
T : +60 3 55 18 77 06
F : +60 3 55 18 77 10

WILAYAH SELATAN

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Pejabat Wilayah Selatan
Suite 7A, Aras 7, Menara Ansar,
Jalan Trus
80000 Johor Bharu
Johor
Puan Zaharah Tasrip
T : +60 7 22 64 700
F : +60 7 22 78 700

WILAYAH TIMUR

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Pejabat Wilayah Timur
B8004, Tingkat 1, Sri Kuantan Square
Jalan Telok Sisek
25000 Kuantan
Pahang
Encik Nazrul Syahril Salleh
T : +60 9 51 50 078
F : +60 9 51 57 566

SABAH

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Pejabat Wilayah Sabah
6-10-10, Tingkat 10, No. 6, Menara MAA
Lorong Api-Api 1, Api-Api Centre
88000 Kota Kinabalu
Sabah
Puan Dian Anggraini
T : +60 88 27 05 50
F : +60 88 25 32 05

SARAWAK

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Pejabat Wilayah Sarawak
Aras 5 (Utara), Wisma STA
26, Jalan Datuk Abang Abdul Rahim
93450 Kuching
Sarawak
Encik Yusmin Ibrahim
T : +60 82 34 65 00
F : +60 82 33 19 01