Friday, August 21, 2009

Wabak selsema babi A H1N1 semakin membimbangkan. Kes kematian ke-4 di Malaysia akibat wabak tersebut dilaporkan oleh akhbar-akhbar utama hari ini. Selain itu beberapa buah universiti, sekolah dan Pusat Latihan Khidmat Negara telah ditutup buat sementara berpunca dari penularan wabak berkenaan.

Sebagai hamba Allah sewajarnya kita insaf bahawa ia merupakan suatu bala yang diturunkan oleh Allah bagi memberi peringatan kepada manusia agar tidak berbuat dosa dan maksiat serta kemungkaran sesuka hati di atas dunia milikNya.

Sesungguhnya Allah maha berkuasa untuk melakukan apa sahaja dengan sekelip mata dengan berkata jadi..maka terjadilah sesuatu yang dikehendakiNya sebagaimana firman Allah dalam surah Yasin ayat 82 dan 83. Sesungguhnya perintahNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya “Jadilah” maka terjadilah ia. Maka Maha Suci (Allah) yang ditanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.

Justeru marilah kita berusaha untuk menghindarkan wabak tersebut dengan cara mengurangkan aktiviti yang melibatkan perhimpunan orang ramai dan mengamalkan panduan-panduan yang diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan WHO dari semasa ke semasa.

Selain itu banyakkanlah berdoa kepada Allah agar kita dan keluarga dihindarkan dari terkena wabak tersebut.
Semoga wabak ini tidak menular dan mengorbankan jutaan manusia di seluruh dunia sepertimana yang pernah berlaku pada tahun 1918.





Hello My Friend

berdoalah agar ianya dijauhi


0 Comments:

Post a Comment