Monday, August 18, 2008

Keratan sinar harian berkenaan konvoi merdeka ARECTMJ 2008































Pada 16hb Ogos 2008, Kelab ARECTMJ telah menganjurkan kembara merdeka dari Machang ke Kuala Terengganu.Anggota konvoi di lepaskan di depan litar memandu machang oleh ketua trafik daerah machang.Konvoi diiringi oleh anggota trafik daerah machang dan trafik daerah Pasir Puteh sehingga ke Jertih sebelum di benarkan bergerak sendirian.Konvoi berhenti rehat di Rhu Sepuluh untuk sarapan pagi kemudian berhenti di kawasan penjualan keropok dekat Lembah Bidong bagi membeli keropok. Konvoi diteruskan lagi menyusuri laluan pantai ke Masjid terapung di kuala terengganu bagi makan tengahari dan solat zohor.Tepat jam 3 petang konvoi bergerak pulang melalui laluan utama untuk ke Setiu bagi ber"eyeball" dengan rakan SKOR.Kami diiringi oleh rakan Setiu yang menanti di Persimpangan Tasik Kenyir oleh sebuah motosikal berkuasa tinggi yang di pandu oleh Shah 9W2DAP dan dua buah kenderaan Marshall Setiu 9W2CPJ dan 9W2RRZ.Beramah mesra dengan rakan Setiu sehingga jam 6.30petang sebelum diiringi pulang oleh Marshall Setiu sehingga ke Bintang.Kami pulang dengan gembira dan tiba di 'Base' masing-masing pada pukul 8.00 malam


Terima kasih kepada 9W2TXT (Cikgu Nan) sebagai pengarah projek yang telah merancang dan melaksanakan KEMBARA MERDEKA 2008 untuk kelab ARECTMJ. Terima kasih juga kepada penyumbang2 seperti 9W2RRC penasihat kelab yang menyumbang pulut kuning ayam panggang.


YB Ir Shaari, YB Amran (Ahli Parliman Tanah Merah), Pengurusan litar memandu Machang,penyumbang jalur Gemilang, penyumbang stiker (9W2DIL) dan banyak lagi.


Terima kasih kepada semua rakan yang menyokong dengan komitmen tinggi terhadap program ini.










1 Comment:

  1. potsy said...
    Hello

Post a Comment