Wednesday, February 11, 2009

senjata api

Pertandingan menembak membabitkan anggota tentera darat kini menerapkan elemen lebih mencabar dan realistik selaras misi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mahu setiap anggotanya mahir mengendalikan senjata tempur dan menembak sasaran dengan tepat dalam situasi pertempuran sebenar.
Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Zulkifeli Mohd Zin, berkata konsep lama yang dianggap sebagai acara gallery shooting diubah supaya ia menepati kehendak konsep marksman yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, baru-baru ini. "Perubahan dalam acara pertandingan menembak kali ini menitik beratkan konsep latihan tembak tempur. Ia bukan saja lebih mencabar, malah lebih progresif, realistik serta mirip kepada situasi medan pertempuran sebenar,“


Peperangan merupakan hal yang tidak diinginkan oleh setiap umat. Perang bererti perbalahan menggunakan senjata sehingga membunuh antara sesama umat. Peperangan merupakan pertikaian yang seharusnya dapat dielakkan.

Satu tanggapan biasa peperangan ialah suatu siri kempen tentera antara sekurang-kurangnya dua belah pihak yang melibatkan satu pertikaian mengenai kedaulatan, kawasan, sumber, agama atau banyak lagi isu-isu lain. Suatu peperangan untuk mendapat kemerdekaan dari penjajahan kadang kala dipanggil sebagai satu "peperangan pembebasan", sementara suatu peperangan dalaman bagi negeri yang sama dipanggil "perang saudara

umat Islam gelisah melihat kekejaman Yahudi terhadap rakyat Palestin. Seluruh negara Islam menunjukkan sikap marah dan benci terhadap rejim Yahudi Ariel Sharon, yang terkenal sebagai pemimpin Yahudi yang ganas dan tidak berperikemanusiaan. Peristiwa yang berlaku di Palestin itu perlu dijadikan renungan oleh umat Islam. Sebagai umat Islam, peristiwa penyembelihan rakyat Palestin di Shatila dan Shubra sepatutnya dijadikan satu iktibar yang baik, yang boleh membangkitkan semangat perpaduan di kalangan orang Arab. Israel adalah sebuah negara yang kecil, yang dikelilingi oleh negara-negara Arab dan Islam di Timur Tengah. Persoalannya, kenapa negara kecil itu begitu berkuasa dan berani menunjukkan keganasan terhadap rakyat Palestin, sedangkan mereka dikelilingi oleh negara-negara Arab?


Negara kita masih lagi aman walaupun terdapat perselisihan pendapat dan pandangan.

apa akan jadi jika Malaysia bertukar menjadi Palastin. Sanggupkah kita mengangkat senjata dan mempertahan negara tercinta?


Bagaimana jika selaras senapang di campak kan pada kita, mahirkan kita mengendalikannya seperti mereka ini

setandingkah kita dengan kanak-kanak ini






No comments:

Post a Comment

TQ VERY MUCH,I TRY THE BEST