Thursday, September 18, 2008


1. Mulakan hasrat berhenti merokok dengan penuh keazaman. Beritahu diri sendiri bahawa `inilah Ramadan terakhir saya menghisap rokok’. Keazaman penting dan tetapkan sasaran bahawa sebaik saja Ramadan berakhir, diri saya kembali kepada fitrah dengan bebas daripada cengkaman kejam rokok. Keazaman harus diikuti dengan kesungguhan melaksanakannya.

2. Berhenti merokok tidak boleh dilakukan secara beransur-ansur. Jangan berfikir untuk meninggalkan tabiat buruk ini dengan cara seperti `hari ini saya hisap 15 batang dan esok, 10 batang’. Cara itu tidak akan berkesan. Cara terbaik ialah apabila sudah membuat keputusan, hari ini juga perokok berhenti.

3. Ketika Ramadan, rokok biasanya dibeli ketika siang dan dihisap pada waktu malam. Hentikan membeli rokok pada waktu siang kerana ini bermakna tiada bekalan pada waktu malam.

4. Berpuasa menyebabkan tahap disiplin diri amat kuat kerana mampu menahan makan dan minum pada siang hari. Apa yang perokok perlu lakukan hanya menahan diri dari merokok bagi tempoh 12 jam berikut selepas berbuka puasa.

5. Lebih baik elakkan berbuka puasa bersama individu atau kumpulan yang merokok kerana ini bermakna walaupun anda tidak membeli rokok, rakan anda mungkin menawarkan rokok percuma. Lebih baik berbuka puasa bersama keluarga di rumah.

6. Ketagihan yang teruk mungkin menyebabkan perokok yang cuba berhenti merokok menghadapi keadaan berdebar-debar, gelisah dan badan berpeluh. Perokok dinasihat berjumpa doktor untuk mendapatkan bantuan.

No comments:

Post a Comment

TQ VERY MUCH,I TRY THE BEST