Monday, March 22, 2010


Pada 19hb MAC 2010
Rakan2 dari ARECTMJ mendaki pucak Jeli
bagi mendirikan Repeter Jeli
yang mengguna pakai frekuansi
146.850 -650 tone 167.9
pendakian dimulakan pada jam 10 pagi

perjalanan memakan masa dianggarkan 4jam
dan tiba di puncak sekitar jam 1.00 tengahari

persiapan mendirikan antena RX dan TX

pendakian ke puncak tertinggi bagi mendirikan repeter

kepenatan yang dihadapi berapa pada
tahap yang paling maksima

bebanan yang di bawa menyukarkan pendakian

9W2BET antara perancang utama

menyediakan bilik khas untuk repeter supaya
keadaan selamat dari sebarang bencana
keadaan laluan yang terpaksa dirintis terlebih dahulu
bagi memudahkan perjalanan

9W2AII antara yang bertuah pada RAE 2/2009

melepaskan penat lelah bagi meneruskan
projek seterusnya selaras senapang milik rakan untuk keselamatan

persiapan akhir dengan penuh ketelitian

9W2RAA enginier repeter AREC TMJ

kerjasama dan saling bantu-membantu
teras kejayaan sesuatu projek
Rakan SRS juga memberi bantuan tenaga

membuat audio check pada puncak tertinggi
menggunakan simplex V38 dengan handy
mampu diterima oleh rakan di Machang
keletihan, kelelahan dan kegembiraan jelas terpancar

permatang yang sempit menyukarkan kerja2
mendirikan antena...atas sumbangan idea dan kata
sepakat kejayaan dicapai akhirnya.
menjamu selera sebelum langkah pulang diatur dengan
senyuman kegembiraan
Akhirnya capaian repeter boleh di capai oleh rakan2
yang berada di Gua Musang, Dabong, dan sekitar Jeli, Machang
dan keseluruhannya negeri Kelantan.
juga rakan2 besut dengan kuasa pancaran 25wtt dengan antena mobile
terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dalam projek ini
Terima kasih kepada 9W2TXT atas sumbangan gambar

Monday, February 1, 2010

Pemberitahu klik disini

Borang Permohonan klik disini

Wednesday, January 13, 2010

9W2ZMR
SEBAHAGIAN daripada lebih 2,000 orang keluar dari Istana Balai Besar
selepas majlis taklimat Istana Kelantan mengenai perundangan negeri, semalam


Siri pertemuan beri penerangan mengenai kemelut institusi diraja Kelantan

KOTA BHARU: Istana Kelantan mula mengadakan siri pertemuan dengan rakyat bagi memberi penerangan dan gambaran jelas mengenai kemelut membabitkan institusi diraja negeri ini. Perjumpaan pertama diadakan dengan lebih 2,000 kakitangan kerajaan, termasuk imam serta penghulu di Istana Balai Besar di sini, kira-kira jam 2 petang semalam.
Majlis itu bermula dengan taklimat yang disampaikan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, diikuti Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias serta Exco kerajaan negeri. Taklimat yang berakhir kira-kira jam 4 petang itu, turut dihadiri Ketua Polis negeri, Datuk Abd Rahim Hanafi. Dalam ucapannya, Abdul Halim mengingatkan rakyat Kelantan supaya tidak bercakap hal berkaitan istana di kedai kopi tanpa memahami secara mendalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Beliau berkata, pemahaman undang-undang itu penting bagi membolehkan rakyat memahami keadaan semasa dalam institusi diraja, sekali gus mengelak salah faham yang boleh menjejaskan keharmonian yang selama ini aman di bawah pemerintahan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra. "Tidak elok bercakap mengenai istana di kedai kopi. Jangan cakap sebarangan untuk mencari publisiti murahan serta mengambil kesempatan mencari populariti secara menyinggung perasaan orang lain.
"Pemerintahan Kesultanan Kelantan sudah melalui beberapa proses pemodenan dan antara yang terpenting ialah kewujudan Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, yang membuktikan kesedaran undang-undang dan peraturan bagi menjamin kesejahteraan rakyat serta pemerintahan. "Akibat segelintir rakyat tidak memahami dengan mendalam mengenai undang-undang ini, ia mengundang tindakan yang tidak sepatutnya berlaku, yang memberi kesan terhadap keharmonian negeri ini," katanya.
Minggu lalu, Abdul Halim dalam kenyataannya menjelaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan tidak memberi sebarang kuasa kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, campur tangan dalam urusan istana dan kerajaan negeri seperti kuasa dimiliki Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra. Kenyataan itu, sekali gus menafikan peranan Tengku Temenggong yang mendakwa mendapat perkenan Sultan Kelantan untuk bertindak bagi pihak baginda yang menjalani rawatan di Singapura.
Tahun lalu, Tengku Temenggong turut mencabar keputusan Tengku Muhammad Faris yang juga kekanda sulungnya, kerana membatalkan keahliannya dalam Majlis Perajaan Negeri. Sementara itu, Mohd Aiseri dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri akan memberi penerangan mengenai isu semasa dalam negeri kepada kakitangan kerajaan dari semasa ke semasa. "Ini bagi mengelakkan kekeliruan disebabkan oleh unsur yang tidak bertanggungjawab sehingga timbul keadaan tidak diingini di negeri ini. "Oleh itu, saya meminta kakitangan kerajaan negeri supaya berinteraksi di kalangan mereka secara manfaat dengan menumpukan kepada perkara yang mustahak saja," katanya.
Imam Mukim Kedondong Pasir Mas, Wahid Hassan, 45, yang ditemui selepas majlis itu pula berkata taklimat itu membuka pemikiran rakyat mengenai keadaan sebenar dalam institusi diraja negeri ini. "Maklumat mengenai keadaan sebenar dalam negeri sekarang akan disampaikan kepada anak mukim," katanya yang menerima jemputan menghadiri taklimat menerusi Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).
Pekerja am, Nazri Yusof, 33, berkata usaha Pejabat Sultan Kelantan mengadakan taklimat itu boleh menjernihkan kembali keadaan di negeri ini. Beliau yang mendapat arahan daripada ketua jabatan bagi mengikuti taklimat itu, mengakui ramai tidak tahu mengenai perundangan tubuh kerajaan negeri dan penerangan berhubung isu itu sedikit sebanyak dapat memberi mereka gambaran mengenai perkara sebenar.
sumber:berita Harian online

Friday, January 1, 2010

Pada 31 Disember 2009
proses menaikkan repeater Jeli diteruskan lagi
mencantumkan bahagian2 rumah repeter
yang dibina malam tadi sehingga jam 3 pagi
JWY memikul besi untuk kepuncak
pikul besi sebatang teguk air sebotol
deretan kenderaan dipuncak
Jeep CMA membawa rumah repeter

WNP Ustaz Rafie
Pegawai PPD Jeli
"mana seluar kawe wehhhhhhhh"

9W2RSI Encik Rosli
Pegawai Pejabat Tanah Jeli
memberi sokongan
proses mencantumkan tiang repeter dengan cara telescopic

steging digunakan bagi mendirikan antena

proses menghantarnya dilakukan pada sebelah malam

tiang sudah didirikan tunggu masa untuk proses melonjak
Cikgu Pendi dan Lan menyusun atur steging

dinaikkan step by step

bantuan rakan di bawah untuk menghulurkan
kepada rakan di atas

anggaran 5 step untuk dinaikkan

siap sedia untuk memulakan kerja2 seterusnya

membuat audio check dengan antena RX
yang belum dilonjakkan lagi

Chemlok digunakan bagi meringankan beban

keupayaan chemlok sukar ditandingi


Ustaz Rafie menunjuk arah rakan on the way

body mu...............???????

kewajipan terhadap Ilahi

mengadap Ilahi dipuncak mengagungkan
kebesarannya

dahan2 yang mengganggu antena di pangkas
untuk keselesaan
menggigit kerengga yang menggigitnya

Bang Awie menyediakan antena linking
pengemaskinian dan ketelitian menjamin mutu
tiang dilonjak sedikit demi sedikit

ketinggiannya sejauh mata mendongak

antena linking digunakan untuk menghubungkan
9M4RTJ dan 9M4RTM

NTM dan NAG

Yagi digunakan untuk menghantar audio
ke repeter di Tanah Merah
wajah2 riang kerana segala usaha hampir selesai
kemahiran semulajadi banyak membantu
kerja2 pengemaskinian
dengannya diharapkan rakan2 antara dua daerah
semakin akrab

SNO membuat pendawaian elektrik
bagi menghidupkan repeter
antena RX melonjak sedikit demi sedikit ke paras
yang di tetapkan
hampir siap...

isap rokok dululah

siap!!!
berdiri megah untuk keudara

senja di puncak sangat indah
Maghrib hampir tiba
proses terakhir menyambungkan
ketiga2 antena ke repeter

lalat hijau berfungsi dengan baik
harapan menggunung saudara HAM akan digalas

abe soh dah jumpa seluarnya
selesai sudah kerja2 mendirikan repeter bagi kawasan jeli
diharapkan ia berfungsi dengan baik.
terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat,
tanpa saudara2 pasti kejayaan tidak dicapai